April 07, 2012

:: Tinta YDP #1 ::






Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam dan kesyukuran yang tidak terhingga saya panjatkan kepada Allah yang Maha Agung kerana dengan rahmat dan nikmatnyalah kita semua masih hidup seperti biasa didunia ini. Selawat dan salam kepada Rasul junjungan kerana tanpa perjuangannya dan para sahabat maka sesungguhnya tidak syak lagi kempunanlah kita untuk menikmati nikmat iman dan islam dalam kehidupan ini.

ASSALAMUALAIKUM.W.B.T

                Yang saya hormati penasihat rakan intelek En Wan Ahmad Tarmizi bin Wan Sulaiman dan Puan Hanafiah Hasin, tidak lupa juga pada mantan Ydp rakan intelek saudara Mohamad Shafrien bin Sam dan para barisan pimpinan yang lama yang telah mengerakkan rakan intelek dengan jayanya.
               
               Petama-tama sekali saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua warga kbm terutamanya kepada pelajar yang baru yang telah menjadi ahli rakan intelek mahupun yang belum menjadi ahli. Sebagai pelajar kita perlu memastikan pelajaran dan agama adalah seiring bukannya apabila belajar kita hanya belajar sahaja. Sehubungan dengan ini rakan intelek akan cuba membawa anda semua ke trasfomasi yang baru ia itu kita akan seiringkan agama dengan pelajaran. Ini bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud : 

“dan ingatlah Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaku”.(Adz-Dazriyaat : 56).

           Saya juga berharap agar semua pelajar dapat memberikan kerjasama dan dorongan mahupun sokongan yang jitu dan kuat bagi menjayakan setiap program dan aktiviti yang rakan intelek anjurkan, saya juga berharap agar semua MT akan memberikan komitment mereka dalam menjalankan tugas yang diberikan kepada mereka.

                Saya juga ingin nama RI ini menjadi sebutan setiap pelajar, pensyarah dan pihak-pihak atasan kerana RI akan dapat melahirkan mahasiswa yang baik (insyallah) bertepatan dengan motto rakan intelek iaitu “mahasiswa berintelek harapan negara”

                Akhir sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih, dan saya akan cuba menjadi YDP rakan intelek yang terbaik sekadar yang termampu. Kepada Allah S.W.T jualah yang dapat memberi taufiq dan hidayah dan kepadanya lah saya bertawakal serta kepangkuannya lah tempat diri dikembalikan..sekian..wallahualam 


No comments:

Post a Comment

Note of Incoming Event:

 
;