April 07, 2012

ketokohan Sultan Muhammad Al-Fateh.

Assalamualaikum.

mohon maaf diatas kekhilafan kami dari pihak admin blog rakan intelek diatas kelewatan laporan tentang kuliah mingguan rakan intelek yang pertama.

alhamdulillah, pada 29 Mac yang lepas Rakan Intelek telah mengadakan kuliah mingguan rakan intelek yang pertama pada semester ini. Tema kuliah tersebut adalah

KEPIMPINAN DALAM ISLAM : MENELADANI 

KETOKOHAN SULTAN MUHAMMAD AL FATEH



Kuliah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Muaz, Pensyarah CiTU UiTM Kampus Bandaraya Melaka.
Bagi yang tidak dapat hadir ke kuliah mingguan rakan intelek yang lepas, disini kami selitkan sedikit pengenalan mengenai Sultan Muhammad Al-Fateh.


Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai "sebaik-baik raja" di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al-Fateh kerana kejayaannya membebaskan Konstantinopel.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen ketenteraan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 akibat sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat baginda mangkat diracun.

Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad saw pernah berkata: “Konstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” 

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali, sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk!" Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!" Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh. Baginda sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya itu.

sumber:
1. http://www.iluvislam.com/inspirasi/tokoh/1794-sultan-muhammad-al-fateh.html
2. http://komuniti.iluvislam.com/topic/24872-sultan-muhammad-al-fateh/

Berikut antara aktiviti yang berlansung sepanjang kuliah.
















Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Muaz yang sudi memberikan perkongsian dan membuka mata mereka yang hadir tentang ketokohan Sultan Al-Fateh. Pada hari tersebut juga, pihak Rakan Intelek telah melancarkan "RAKAN INTELEK INTELLECTUAL GROUP". Group ini ditubuhkan bagi menjaga kebajikan setiap ahli rakan intelek yang berdaftar. Sebarang maklumat lanjut mengenai group ini boleh menghubungi  Saudara Suhaimi ataupun Saudari An-Najwa.





Pada kuliah mingguan pertama ini juga satu booth jualan buku dengan harga 'istimewa' dibuka bagi mereka yang berminat untuk membeli buku-buku terbitan Telaga Biru.





Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada ahli rakan intelek yang hadir pada kuliah mingguan pertama rakan intelek. semoga ilmu yang diterima dapat dimanfaatkan, InsyaAllah.bagi yang tidak dapat hadir ke kuliah mingguan yang lepas, jangan khuatir. nantikan kuliah mingguan yang akan datang. sehingga berjumpa lagi, wassalam.

No comments:

Post a Comment

Note of Incoming Event:

 
;