Pada tanggal 8 Ogos 2010, Persatuan Rakan Intelek telah menganjurkan Pengembaraan Ibnu Batutah Siri ke-2. Melibatkan lebih ramai penyertaan sehingga menyebabkan lebih kuota penyertaan dibuka, program ala-ala explorace ini menjanjikan lebih banyak modul dan aktiviti berbanding dengan siri yang pertama.
Hujan yang tidak putus-putus turun pada sebelah paginya tidak menjejaskan komitmen para peserta bahkan mereka lebih bersemangat untuk menang dan menamatkan pertandingan ini dengan gah dan jayanya.
Program kali ini juga melibatkan di sekitar kawasan Bandar Hilir yang terkenal dengan keindahan monumen-monumen klasiknya dan juga kawasan tumpuan pengunjung untuk membeli belah seperti Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan. Kesempatan ini, disertakan beberapa gelagat peserta untuk kita lihat bersama.
Peserta di beri taklimat ringkas oleh urusetia. Suasana selepas hujan tidak menjejaskan konsentrasi mereka. (Entahla...) |
Kawasan penuh bersejarah dipenuhi pengunjung dari merata dunia |
Peserta diconteng mukanya dek aktiviti yang agak "radikal" |
Urusetia kelihatan sedang berdiskusi dan mereka tampil dengan tema merah menyala |
Peserta didedahkan kepada pembinaan softskill apabila diarahkan memberi tazkirah umum kepada semua dan secara tidak langsung menjadi Ustaz dan Ustazah express |
No comments:
Post a Comment