Assalamualaikum w.b.t.
Maksudnya :
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Khattab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahNya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuanya, atau kerana seorang perempua yang dua mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
Sedikit perkongsian untuk para sahabat, mari kita renung balik maksud hadis di atas.
"Setiap amalan itu bergantung kepada niat".
Mari kita muhasabah diri kita hari ini, apa niat kita masa kita sampai ke bumi Melaka ni?
Adakah untuk menuntut ilmu? Adakah untuk mencari kenalan? Adakah untuk mencari pasangan hidup? Ataupun adakah sekadar untuk mencari hiburan?
Pasti jawapan sahabat yang utama adalah untuk menuntut ilmu. Tapi betul ke sepanjang sebulan setengah semester baru bermula kita telah laksanakan niat kita yang utama itu? Ataupun ia sekadar niat semata di awal semester?
Mungkin pada permulaan, kita memang berniat untuk menuntut ilmu tetapi pabila sampai pertengahan niat itu terhakis kerana keadaan semasa seperti tekanan dengan subjek yang susah, tekanan dengan rakan-rakan, dan mungkin kerana tekanan dengan masalah peribadi.
Tapi bersabarlah wahai sahabat, semua itu hanyalah ujian daripada yang Esa.
Apa kata hari ni, kita betulkan semula niat kita iaitu niat hendak menuntut ilmu, niat untuk membalas jasa kedua ibu bapa dan niat untuk berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.
Semoga tercapai segala apa yang kita niatkan. Amin. Salam.
RI : "Janganlah kita mengalah sebelum Allah memakbulkan doa kita. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian melebihi kemampuan kita"