April 26, 2013 0 comments

Adab Menuntut Ilmu


Assalamualaikum w.b.t.

Sedikit perkongsian untuk tatapan bersama..






RI : Credit to mr.google for the picture..


April 21, 2013 0 comments

Niat


Assalamualaikum w.b.t.



Maksudnya :
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Khattab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahNya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuanya, atau kerana seorang perempua yang dua mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.


Sedikit perkongsian untuk para sahabat, mari kita renung balik maksud hadis di atas. 
"Setiap amalan itu bergantung kepada niat".

Mari kita muhasabah diri kita hari ini, apa niat kita masa kita sampai ke bumi Melaka ni?

Adakah untuk menuntut ilmu? Adakah untuk mencari kenalan? Adakah untuk mencari pasangan hidup? Ataupun adakah sekadar untuk mencari hiburan?

Pasti jawapan sahabat yang utama adalah untuk menuntut ilmu. Tapi betul ke sepanjang sebulan setengah semester baru bermula kita telah laksanakan niat kita yang utama itu? Ataupun ia sekadar niat semata di awal semester?

Mungkin pada permulaan, kita memang berniat untuk menuntut ilmu tetapi pabila sampai pertengahan niat itu terhakis kerana keadaan semasa seperti tekanan dengan subjek yang susah, tekanan dengan rakan-rakan,  dan mungkin kerana tekanan dengan masalah peribadi.

Tapi bersabarlah wahai sahabat, semua itu hanyalah ujian daripada yang Esa.

Apa kata hari ni, kita betulkan semula niat kita iaitu niat hendak menuntut ilmu, niat untuk membalas jasa kedua ibu bapa dan niat untuk berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.

Semoga tercapai segala apa yang kita niatkan. Amin. Salam.




RI : "Janganlah kita mengalah sebelum Allah memakbulkan doa kita. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian melebihi kemampuan kita"


April 11, 2013 0 comments

Barisan Majlis Tertinggi Persatuan Rakan Intelek Sesi 2013/2014


Assalammualaikum w.b.t.

Kata orang tak kenal maka tak cinta. Maka di sini kami memperkenalkan barisan saf kepimpinan Persatuan Rakan Intelek bagi Sesi 2013/2014.





















RI : Ukuwah Fillah sahabat2. InsyaAllah. Salam.


February 14, 2013 0 comments
TANYALAH RAKAN INTELEK

Anda mempunyai kemusykilan tentang berkaitan hukum?
Atau mempunyai persoalan berkaitan agama tetapi anda malu bertanya?
Soalan remeh boleh menjadi satu persoalan yang penting apabila ianya berkaitan dgn persoalan ibadah & akidah, disini kamu menyediakan saluran untuk anda bertanyakan soalan remeh anda =)

Kemukakan soalan anda kepada Rakan Intelek
dan soalan yg terpilih akan dijawab dalam bentuk video oleh panel2 yg bertauliah dan juga tidak bertauliah.
Kami akan pastikan soalan anda akan dijawab oleh orang yg mempunyai ilmu mengenai persoalan anda =)

Antara panel yg akan menjawab persoalan anda ialah:
Ustaz atau Ustazah yg terdiri dari kalangan pensyarah UiTM sendiri atau universiti lain
 atau Ustaz/Ustazah jemputan yg terdiri daripada kalangan selebriti TVdan Ulama
atau Presiden Rakan Intelek, Tengku Muhammad Hazim serta Ahli Majlis Tertinggi & Exco Rakan Intelek yg arif mengenai persoalan serta isu yg dikeutarakan.

Format soalan
Nama anda: (Optional)
No. Telefon: (Optional)
Orang pilihan anda utk menjawab persoalan berikut: (Optional) (InsyaAllah kami cuba sebaik mungkin dapatkan.. YAB PM Malaysia? Pun boleh~)
Soalan: (Mestilah ada soalan kan?)

Dan emelkan persoalan anda ke rakanintelek@yahoo.com



"Jika hendak bertanyakan sesuatu, tanyakanlah pada 
yang ahlinya, yakni yang pakar mengenainya.. 
Yang betul2 tahu mengenainya.. 
Kalau nak tanya pasal enjin, tanya mekanik 
Kalau nak tanya pasal kesihatan, tanya doktor 
Kalau nak tanya pasal agama, tanya ulama 
Yang mu gi tanye artis sape suruh? "
-Ustaz Azhar Idrus - Masjid Al-Falah USJ 9

Note of Incoming Event:

 
;