January 22, 2011 0 comments

Malam Jalinan Kasih Persatuan Rakan Intelek

Pada hari Rabu(19 Januari 2011) telah diadakan Malam Jalinan Kasih Persatuan Rakan Intelek bertempat di Aras 16, UiTM Kampus Bandaraya Melaka. Antara tetamu jemputan yang hadir pada malam tersebut termasuklah wakil-wakil Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) dan juga Presiden Jawatankuasa Penggerak Mahasiswa(JPM).




Organisasi Persatuan Rakan Intelek

Penasihat Persatuan                  : Pn. Najihah Hanisah Marmaya
                                                         : Pn. Marlizawati Mohamat

Presiden                                        : Mohamad Shafrien b. Sam

Naib Presiden                               : 'Atikah Mhd Shukeri 

Setiausaha I                                  : Hamidah Ahmad

Setiusaha II                                   : Nur Shuhada Ahmad

Bendahari                                     : Adzhamsyah Abd Hamid

Exco Publisiti & Informasi        : Muhd Syafiq b. Shaadan
                                                                   : Siti Sarah bt. Norhan


Exco Pembangunan Insan       : Ridzuan b. Kamaruddin
                                                         : Nurul Farhana Mat Sabor

Exco Akademik                            : Norlina bt Wok
                                                         : Siti An-Najwa bt Mohamad Najhan

Exco Perhubungan Kampus   : Atikah bt Bakar   
                                                         : Aimi Syazwani bt. Abdul Rahman


Exco Sukan & Kebudayaan     : Zulhusni b. Che Kamal
                                                         : Nur Hidayu bt. Ismail


Exco Ekonomi                             : Arsyad b. Nordin
                                                         : Khairul Fatanah bt Mohd Yassin




Terima kasih kepada majlis tertinggi dan juga exco-exco Rakan Intelek yang telah memberikan sumbangan  dalam menjayakan Malam Jalinan Kasih pada hari Rabu(19 Januari) yang lepas..
January 20, 2011 0 comments

Pengenalan

Persatuan Rakan Intelek merupakan sebuah persatuan yang menggabungkan mahasiswa dan mahasiswi dari pelbagai program dan fakulti. Persatuan ini ditubuhkan bagi melaksanakan pelbagai program dan aktiviti yang mampu membentuk mahasiswa dan mahasiswi ke arah kecemerlangan akademik dan sahsiah.
Visi


Melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang bertunjangkan modal insan.


Misi

Ke arah pembentukan mahasiswa dan mahasiswi UiTM yang unggul.
Objektif
1. Melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang berkaliber mengikut pasaran kerja semasa.

2. Mewujudkan suasana cinta ilmu di kalangan mahasiswa dan mahasiswi di UiTM Kampus Bandaraya Melaka.

3. Menjana mahasiswa dan mahasiswi yang berintelektual dan berdaya saing di era globalisasi.
<>
November 29, 2010 0 comments

Pengembaraan Ibnu Bathutah Siri ke-2


Pada tanggal 8 Ogos 2010, Persatuan Rakan Intelek telah menganjurkan Pengembaraan Ibnu Batutah Siri ke-2. Melibatkan lebih ramai penyertaan sehingga menyebabkan lebih kuota penyertaan dibuka, program ala-ala explorace ini menjanjikan lebih banyak modul dan aktiviti berbanding dengan siri yang pertama.


Hujan yang tidak putus-putus turun pada sebelah paginya tidak menjejaskan komitmen para peserta bahkan mereka lebih bersemangat untuk menang dan menamatkan pertandingan ini dengan gah dan jayanya.

Program kali ini juga melibatkan di sekitar kawasan Bandar Hilir yang terkenal dengan keindahan monumen-monumen klasiknya dan juga kawasan tumpuan pengunjung untuk membeli belah seperti Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan. Kesempatan ini, disertakan beberapa gelagat peserta untuk kita lihat bersama.


Peserta di beri taklimat ringkas oleh urusetia. Suasana selepas hujan tidak menjejaskan konsentrasi mereka. (Entahla...)

Kawasan penuh bersejarah dipenuhi pengunjung dari merata dunia

Peserta diconteng mukanya dek aktiviti yang agak "radikal"

Urusetia kelihatan sedang berdiskusi dan mereka tampil dengan tema merah menyala

Peserta didedahkan kepada pembinaan softskill apabila diarahkan memberi tazkirah umum kepada semua dan secara tidak langsung menjadi Ustaz dan Ustazah express

Note of Incoming Event:

 
;